MENUJU KEJAYAAN DENGAN SOLAT

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
21 August, 2023

Terharu rasanya melihat surau di Sekolah Kebangsaan Hj Mahmud ini sudah tersergam indah siap dengan penghawa dingin dan karpet baharu untuk kegunaan pelajar Islam sekolah ini.

Dengan adanya ruang solat yang lebih luas dan selesa ini, diharapkan akan membuatkan anak-anak kita lebih selesa menunaikan ibadah dalam kesibukan menuntut ilmu.

Allah SWT menegaskan di dalam firmannya yang bermaksud;

“Benar-benar sangat beruntung orang-orang yang membersihkan diri dengan beriman dan sentiasa berzikir menyebut nama Tuhannya serta mengerjakan sembahyang.”

(Surah Al-A’la, ayat 14-15)

Solat yang sempurna adalah cerminan keperibadian yang mulia bagi seseorang. Ini kerana pelaksanaan solat merupakan gabungan antara pertuturan, tingkah laku dan pemakaian seseorang.

Secara tidak langsung, solat itu sendiri telah memandu kita kepada kejayaan. Selain solat, kelas Al-Quran dan fardhu ain juga boleh dipelajari di surau ini.

Terima kasih kepada semua penyumbang yang telah bermurah hati dan selalu menyumbang melalui Muslim Care Malaysia. Semoga setiap jariah yang disumbangkan akan dibalas dengan seribu kebaikan.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat pada sasaran.

Tepat pada waktunya.


© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia