MENUJU KE SEMPADAN MESIR, DEMI AL AQSA

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
11 November, 2023

Telah berlepas pasukan Muslim Care Malaysia (MCM) ke Mesir jam 9 pagi tadi, 18 Oktober 2023 dalam usaha memastikan ada ruang untuk menyampaikan bantuan kepada saudara kita di Pa Les Tin.

Biar sesusah apa pun jalan yang ditempuh tetap akan kami gagahkan. Apalah sangat ujian yang kita hadapi di sini berbanding dugaan yang sedang dihadapi rakyat GHA ZA.

"Wang dana yang sudah dikumpulkan, akan disampaikan secepatnya. Kami tak mahu pegang duit amanah lama-lama," kata Tuan Ahmad Safwan, Setiausaha Agung MCM yang ditemani Exco Media MCM, Tuan Asri Tuan Hussein.

Tanah Pa Les Tin, tanah umat Islam. Ini perjuangan kita bersama. Ini benteng kita umat Islam.

Sama-sama kita satu hati dan berdiri teguh untuk Al-Aqsa.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat pada waktunya.

Tepat pada sasaran.



© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia