MENTARI MALAYSIA BUAT PAKISTAN YANG MEMBEKU.

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
26 January, 2023
"Ya Allah, air paip pun tak ada. Paip pecah sebab air beku di dalam." nak cakap betapa sejuknya cuaca di Pakistan sekarang ini, sehinggakan air dalam paip pun beku. Subhanallah.
Namun, misi semangat heroes Muslim Care Malaysia (MCM) tetap utuh dan tidak luntur.
Alhamdulillah, sebanyak 2 ekor lembu dan seekor biri-biri telah ditumbangkan untuk diagihkan kepada 104 buah keluarga di situ.
Sebagaian daging segar turut dimasak dan diadakan jamuan makanan kepada 150 orang pelajar termasuk guru Madrasah Hameediyah.
Madrasah Hameediyah ialah antara bangunan yang telah musnah kesan daripada banjir besar yang berlaku pada tahun lepas.
Seterusnya pada hari kedua misi Bantuan Pasca Banjir Pakistan, heroes telah cuba mendapatkan bekalan karpet dan pemanas untuk dibekalkan kepada Madrasah Darul Ulum. Bantuan berbentuk kewangan turut diberi kepada pelajar-pelajar dan guru madrasah tersebut.
Antara yang sangat diperlukan juga ialah toto dan karpet untuk dijadikan alas tidur dalam suasana yang sangat sejuk di sana.
Bantuan makanan kering seperti tepung gandum sebanyak 20kg, kacang dal sebanyak 2kg, kacang merah 2kg dan minyak tela diagihkan juga kepada 500 keluarga di sekitar kawasan tersebut.
Penduduk setempat sangat mengalu-alukan kehadiran kami di situ memandangkan kami, Muslim Care Malaysia (MCM) ialah NGO pertama yang menghantar bantuan kepada mangsa banjir di situ dalam musim sejuk yang melampau ini.
الْبِرُّ لَا يَبْلَى، وَالْإِثْمُ لَا يُنْسَى، وَالدَّيَّانُ لَا يَمُوتُ، فَكُنْ كَمَا شِئْتَ كَمَا تَدِينُ تُدَانُ
Maksudnya: “Kebaikkan tidak akan pudar, dosa tidak akan dilupa, al-Dayyan(Allah yang Maha Membalas segala amalan hambanya) tidak akan mati, jadilah sepertimana yang kamu ingin, kamu akan dibalas seperti mana yang kamu telah lakukan.”
(Riwayat Abdul Razaq dalam Musannafnya)
Semoga lebih banyak bantuan akan disalurkan kepada saudara kita di Pakistan bagi membantu mereka kembali bangkit selepas musibah banjir yang lalu.
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,
Tepat pada sasaran.
Tepat pada waktunya.
#muslimcaremalaysia
#bantuankemanusiaanmerentasisempadan
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia