MENCIPTA GEMBIRA UNTUK ANAK PALESTIN (VIDEO)

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
18 April, 2024

Dari bermulanya Ramadan sehinggaalah ke Syawal, emosi dan jiwa anak-anak Palestin dihujani seribu satu trauma yang bukan sedikit.

Selain bantuan berbentuk makanan, emosi anak-anak yang sangat-sangat perlu dirawat cuba kami ubati. Snek ringan, lukisan muka dan acara sukaneka diadakan supaya perasaan gembira dan suka terbit menceriakan wajah anak-anak terpilih ini.

Biarpun seketika, diharapkan kegembiraan ini akan mengubat segala kesedihan, ketakutan dan kepenatan emosi mereka.

Andai mampu untuk kami hentikan serangan demi serangan ini pasti kami mahu lakukannya segera.

Teruskan munajat dan sumbangan tanpa henti kepada saudara kita di Ghaza. Raya pun Palestin terus diingati dan dibantu.


Klik sini untuk bantu

https://muslimcaremalaysiasociety.com/.../dana-kecemasan...


Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat pada waktunya.

Tepat pada sasaran.



© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia