MENCARI YANG HALAL ITU SATU KEFARDHUAN.

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
26 January, 2023
 
يَا أَيُّهَا الرُّسُلُ كُلُوا مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا إِنِّي بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ
Maksudnya: Wahai Rasul-rasul, makanlah dari benda-benda yang baik lagi halal dan kerjakanlah amal-amal soleh; sesungguhnya Aku Maha Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.
(Surah al-Mukminun: 51)
Usaha yang sedang diusahakan oleh Chicken Cottage Holdings Limited, sebuah syarikat milik kerajaan negeri Terengganu yang sedang beroperasi di United Kingdom Ini adalah sangat baik.
Menurut YM Dato Raja Idris Raja Kamarudin, Pengurus Chicken Cottage Holdings Limited, antara penguat semangat mereka meneruskan usaha menguruskan syarikat ini adalah demi untuk membantu masyarakat Muslim di negara luar mendapatkan bekalan makanan halal terutamanya negara-negara yang umat Islamnya hanyalah golongan minoriti.
Beliau juga mengimpikan akan ada kerjasama bersama Muslim Care Malaysia (MCM) dalam usaha memperbanyakkan restoran halal yang mana ini selaras dengan keperluan umat Islam walau dimana sahaja mereka berada.
MCM mengucapkan jutaan terima kasih atas kunjungan dan ingatan YM Dato Raja Idris Raja Kamarudin kepada kami.
Dengan izin Allah, mudah-mudahan akan ada ruang kerjasama yang terjalin bersama.
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,
Tepat pada sasaran.
Tepat pada waktunya.
#muslimcaremalaysia
#bantuankemanusiaanmerentasisempadan
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia