MENANGIS GEMBIRA, PELUK BOTOL MINYAK MASAK

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
11 January, 2023
Dia terdiam dan mengambil sedikit masa untuk berfikir apabila ditanya bila kali terakhir dia membeli minyak masak, sebelum akhirnya menjawab: "Tak ingat."
Wanita pertengahan usia itu yang hanya mahu dikenali sebagai Puan Nur kemudiannya menangis kegembiraan apabila melihat limpahan makanan termasuk minyak masak yang diberikan kepadanya.
Puan Nur adalah antara 150 penghuni kem pelarian Palestin Sabra dan Shatila di Beirut, Lubnan yang menerima bantuan kotak makanan daripada Muslim Care Malaysia (MCM) bernilai RM350 setiap satu.
Menurutnya, minyak masak yang harganya mencecah RM55 untuk pek lima liter adalah bahan mewah baginya, lebih-lebih lagi pada masa ini di mana Lubnan sedang dilanda krisis ekonomi paling teruk dalam sejarah dengan nilai mata wang Lira Lubnan merosot 30 kali ganda.
"Nak beli minyak masak bagi saya macam nak buat belanja kahwin. Sebab itulah saya dah lama tak beli minyak masak," katanya.
Puan Nur tinggal menyewa di flat usang di kem Shatila bersama ibunya berusia 80 tahun serta tiga anak belasan tahun yang semuanya tidak bersekolah.
Sewa rumah satu bilik yang berkeadaan amat daif itu adalah 3 juta Lira Lubnan bersamaan RM300 sebulan, satu harga yang terlampau mahal baginya yang bekerja sebagai tukang cuci dengan gaji tak seberapa.
"Duit gaji saya hanya cukup untuk bayar sewa rumah. Untuk belanja makan, kami hanya bergantung kepada pemberian orang ramai terutama NGO," katanya.
Untuk memberi sumbangan kepada saudara kita di sana bolehlah berbuat demikian melalui capaian ini
atau boleh terus membuat transaksi ke akaun
MUSLIM CARE MALAYSIA
564490413882 (MAYBANK)
14014010147470 (BANK ISLAM)
1101744599 (BANK RAKYAT)
atau ke akaun
PERTUBUHAN PENYAYANG ISLAM MALAYSIA
8604171675 (CIMB)
Semoga dengan bantuan yang dihulurkan, akan memberi sinar buat mereka.
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia Society.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,
Tepat pada sasaran.
Tepat pada waktunya.
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia