MEMPERINGATI PERJUANGAN 365 HARI TAUFAN AL-AQSA
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
19 September, 2024
Jom ramai-ramai bersama-sama menyertai Majlis Makan Malam Amal Memperingati 365 Hari Taufan Al-Aqsa yang akan berlangsung pada 6 Oktober 2024 di Pusat Konvensyen MPAJ Taman Melawati, Kuala Lumpur.
Majlis akan dirasmikan bekas Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Seri DR Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Serentak dengan majlis itu, dua buku tulisan beliah akan dilancarkan iaitu "Taufan Al-Aqsa - Bantuan Tuhan" dan "Al-Syahid Ismail Haniyeh."
Setahun berlalu, lebih RM5 juta hasil sumbangan rakyat Malaysia
telah Muslim Care Malaysia salurkan kepada penduduk Palestin khususnya di Gaza dalam bentuk bantuan makanan, khemah untuk tempat tinggal, ubat-ubatan, air bersih, tenaga solar dan sebagainya.
Kini, MCM memperbaharui usaha itu dengan sasaran untuk mengumpulkan sekurang- kurangnya RM1 juta lagi khusus untuk memberi bantuan susu bayi serta air bersih kepada lebih dua juta penduduk Gaza yang hidup dalam kebuluran dan serba kekurangan.
Ayuh bersama-sama kami untuk mencapai sasaran ini melalui majlis Makan Malam Amal Memperingati 365 Hari Taufan Al-Aqsa.
Dari sungai ke segara,
Palestin pasti MERDEKA!