
MCM TERIMA TETAMU DARI AL QUDS
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
14 August, 2025
Alhamdulillah, Muslim Care Malaysia (MCM) telah menerima kunjungan hormat daripada Ketua Ulama P4LE5T1NE, Syeikh Dr. Marwan Abu Ras pada 12 Ogos 2025.
Dalam pertemuan ini, beliau menyampaikan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa membantu dan menyumbang untuk pembangunan P4LE5T1NE.
Antara amanat yang beliau tekankan berulang kali:
Umat Islam mesti kekal kuat.
Istiqamah dalam jihad boikot.
Berhenti membeli produk daripada jenama yang menyumbang kepada Zionis.
Walaupun tidak mampu untuk berada di lapangan bersama saudara kita di Gaza, namun kesanggupan kita untuk kekal boikot sangat besar maknanya buat mereka.
Daripada Abi Umamah Al-Bahili RA meriwayatkan: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,
“Akan sentiasa wujud daripada umatku, sekumpulan yang terus menegakkan kebenaran dan tegas mendepani musuh. Tidak memudaratkan perjuangan mereka walaupun dipinggirkan dan dirintangi kesusahan, melainkani semua itu hanyalah ujian, sehinggalah datang ketentuan Allah. Mereka akan tetap sedemikian”. Sahabat bertanya, “Di mana mereka itu?” Baginda menjawab, “Mereka berada di Baitul Maqdis dan di kawasan sekitarnya.”
(Hadith Riwayat Ahmad)
Inilah seruan dari bumi Al-Quds kepada kita. Teruskan berdoa, teruskan infaq, teruskan boikot. Setiap tindakan kita adalah bahagian daripada perjuangan membebaskan Masjidil Aqsa.