MCM SUMBANG PERALATAN BERNILAI RM10,000 KEPADA HOSPITAL SUNGAI BULOH

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
3 May, 2025

Muslim Care Malaysia Society (MCM) hari ini, 29 April 2025 menyerahkan sumbangan 10 unit peralatan perubatan bernilai RM10,000 kepada Unit Geriatrik Hospital Sungai Buloh, dalam usaha menyokong keperluan rawatan dan pemulihan pesakit warga emas.

Sumbangan tersebut terdiri daripada dua patient chair, dua infusion chair/donor chair, satu standard reclining wheelchair, satu aluminium wheelchair, satu rollator with basket, serta tiga walking frame (single bar).

Majlis ringkas penyerahan disempurnakan Exco Muslim Care Malaysia, Arman Mustafa dan Zuriati Yaacob kepada Pakar Perubatan Geriatrik Hospital Sungai Buloh, Dr. Wan Mazlina Wan Mustapha. Turut hadir bersama ialah petugas kesihatan di Wad Geriatrik hospital berkenaan.

Menurut Dr. Wan Mazlina, sumbangan ini memberi manfaat besar kepada pesakit yang menjalani rawatan di Unit Geriatrik, yang kini menampung sehingga 40 pesakit dalam satu-satu masa.

“Peralatan seperti ini amat penting untuk menyokong proses rehabilitasi warga emas, terutama dalam aspek mobiliti dan penjagaan harian mereka,” katanya.

Arman berkata, sumbangan ini adalah hasil infaq orang ramai yang disalurkan melalui program kemanusiaan dan kebajikan MCM.

“Ini bukti kepercayaan masyarakat terhadap usaha kami. Setiap sumbangan yang diterima terus kami salurkan kepada yang memerlukan,” katanya.

MCM terus komited dalam usaha membantu golongan rentan menerusi pelbagai inisiatif kebajikan di seluruh negara.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat Pada Masa.

Tepat Pada Sasaran

© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia