MCM SUMBANG PENYAMAN UDARA UNTUK IPD PUTRAJAYA

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
22 October, 2026

Untuk keselesaan orang ramai, Muslim Care Malaysia menyumbangkan satu unit penyaman udara kepada bahagian trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya dalam satu majlis ringkas pada 17 Oktober 20206.

Simbolik penyerahan penyaman udara itu dilakukan oleh Penasihat Agama MCM, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri kepada Pegawai Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, Inspektor Mas Nurriin binti Abdul Rahim.

Hadir sama, Presiden MCM, Haji Zulkifli Wahijan dan Timbalan Presiden MCM, Mohd Johari Ismail.

Inspektor Mas Nurriin menucapkan ribuan terima kasih kepada MCM dan Datuk Seri Dr Zulkifli atas sumbangan itu yang pastinya akan meningkat kualiti perkhidmatan IPD Putrajaya, khususnya bahagian trafik, kepada orang ramai.


© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia