MCM SUDAH BELANJAKAN RM1.5 JUTA UNTUK RAKYAT GAZA

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
11 November, 2023

Hampir RM100,000 lagi dibelanjakan hari ini untuk sumbangan yang telah dihantar oleh Muslim Care Malaysia (MCM) ke pusat pengumpulan barang yang disediakan kerajaan Malaysia.

Antara sumbangan yang telah berjaya dikumpul dan dihantar oleh MCM ialah 1000 set beg mayat, 60000 keping sarung tangan perubatan, 500 botol susu, 380 keping selimut, susu bayi dan kanak-kanak yang bernilai RM3,000 dan sumbangan pelbagai yang lain bernilai RM10,000.

Bukan sekadar di Malaysia, bahkan bantuan berbentuk barang-barang perubatan seperti katil, kerusi roda dan ubat-ubatan turut sedang diusahakan oleh wakil Muslim Care Malaysia yang kini berada di Mesir. Tuan Mohd Johari Ismail, Tuan Ahmad Safwan dan Tuan Tuan Asri Tuan Hussein sedang bersedia untuk menghantar bantuan masuk ke Gaza pada bila-bila masa sahaja.

Kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Luar Negeri, Malaysia telah menubuhkan Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) bagi membantu mengurangkan kesengsaraan dan penderitaan rakyat Palestin akibat konflik terbaru yang berlaku di Semenanjung Gaza.

Muslim Care Malaysia bersama-sama 38 NGO lain bersatu di bawah "Humanitarian Relief Mission For The Palestinians In Gaza" berusaha untuk menjayakan misi kebajikan kepada rakyat Gaza.

Terima kasih kepada semua penyumbang yang turut bersama-sama dalam usaha murni ini. Sama-sama kita doakan semoga urusan penghantaran bantuan ini dipermudahkan dan selamat sampai kepada mangsa perang di Gaza.

Insya-Allah.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat pada waktunya.

Tepat pada sasaran.



© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia