MCM SANTUNI MANGSA LETUPAN GAS PUTRA HEIGHTS MENERUSI ZIARAH KASIH ASNAF

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
12 August, 2026

Seramai 50 penduduk daripada golongan B40 yang terkesan akibat insiden letupan gas di Putra Heights menerima pek sumbangan dan bantuan wang tunai menerusi Program Ziarah Kasih Asnaf anjuran Muslim Care Malaysia Society (MCM) bersama NGO Khidmat Malaysia.

Program yang diadakan pada 9 Ogos 2026 itu berlangsung di Dewan Maahad Tahfiz Vokasional Aman Bistari, Kampung Seri Aman Luar, Puchong, Selangor, sebagai usaha membantu meringankan beban keluarga yang masih melalui proses pemulihan susulan kejadian berkenaan.

MCM diwakili oleh Timbalan Presidennya, Haji Mohd Johari Ismail, bersama Ahli Lembaga Pengarah MCM, Haji Arman Mustafa, yang turut meluangkan masa bertemu dan menyantuni para penerima bantuan.

Program berkenaan turut menjadi platform bagi mendekati mangsa serta memahami keadaan dan keperluan semasa mereka selepas berdepan musibah tersebut.

MCM merakamkan penghargaan kepada NGO Khidmat Malaysia, para penyumbang dan semua pihak yang telah memberi sokongan serta kerjasama dalam menjayakan program berkenaan.

Diharapkan bantuan yang disampaikan dapat memberi sedikit kelegaan kepada keluarga terlibat dan membantu mereka meneruskan kehidupan dalam tempoh pemulihan.


© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia