MCM SANTUNI ASNAF KUALA NERANG

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
29 August, 2026

Seramai 50 asnaf, termasuk dalam kalangan penoreh getah, menerima sumbangan barangan keperluan harian menerusi Program Sumbangan Kasih Asnaf anjuran Muslim Care Malaysia Society (MCM) di PASTI Al-Basyir, di sini, pada 25 Ogos lalu.

Program yang turut disertai Pusat Khidmat Ahli Parlimen Padang Terap dan Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Kuala Nerang itu diteruskan sejurus selepas hujan lebat yang turun pada petang tersebut reda.

Turut hadir Ahli Parlimen Padang Terap, YB Ustaz Nurul Amin bin Hamid, serta ADUN Kuala Nerang merangkap EXCO Kerajaan Negeri Kedah, YB Dato' Haji Mohamad Yusoff @ Munir bin Haji Zakaria, bersama wakil-wakil komuniti setempat.

Menurut Timbalan Presiden MCM, Mohd Johari Ismail, sumbangan yang disampaikan mungkin tidak mampu menyelesaikan keseluruhan kesukaran hidup para penerima, namun ia sekurang-kurangnya dapat meringankan sebahagian beban yang ditanggung, khususnya golongan penoreh getah yang pendapatannya bergantung kepada cuaca dan hasil torehan.

"Sekadar meringankan, bukan untuk menghilangkan bebanan. Sekecil mana pun pemberian di mata kita, ia mungkin sangat besar ertinya buat mereka," katanya.

Program seumpama ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan MCM menyalurkan bantuan kepada golongan asnaf di kawasan pedalaman Kedah.


© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia