MCM PERUNTUKKAN RM100, 000 DALAM OPS IHSAN (VIDEO)

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
12 November, 2023

Bertarikh 3 November 2023 Muslim Care Malaysia (MCM) bersama-sama Ops Ihsan gerakan daripada Kerajaan Malaysia telah menghantar Bantuan Kemanusiaan Untuk Rakyat Palestin.

Pelbagai barangan keperluan seberat 20 tan telah berlepas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Al-Arish, Mesir menerusi penerbangan pesawat kargo khas semalam.

MCM sendiri telah memperuntukkan sebanyak RM100,000 barang sumbangan untuk Palestin dalam siri kali ini.

Pesawat kargo itu berlepas kira-kira 11.30 malam dari Terminal Kargo, Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) dan barangan bantuan kemanusiaan itu kemudiannya akan diserahkan kepada Bulan Sabit Merah Mesir sebagai rakan kerjasama bagi membawa masuk barangan itu ke Gaza melalui sempadan Rafah.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat pada waktunya.

Tepat pada sasaran.



© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia