MCM PERKUKUH BUDAYA KUALITI MELALUI ISO 9001:2015
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
25 June, 2026
Alhamdulillah, Muslim Care Malaysia Society (MCM) telah berjaya menganjurkan Taklimat ISO 9001:2015 Quality Management System (QMS) Awareness Training pada hari ini bertempat di MCM Centre, Batu Caves.
Latihan yang disampaikan oleh En. Amaruddin Mohd. Khalid ini telah menghimpunkan keseluruhan warga kerja MCM serta Ahli-ahli Lembaga Pengarah (BOD) MCM, sebagai sebahagian daripada komitmen organisasi dalam memperkukuhkan sistem pengurusan berkualiti, mempertingkatkan kecekapan operasi serta membudayakan amalan penambahbaikan berterusan di setiap peringkat.
Sepanjang sesi berlangsung, para peserta didedahkan dengan prinsip-prinsip asas, struktur dan keperluan ISO 9001:2015, di samping memahami kepentingan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) dalam memastikan penyampaian perkhidmatan kemanusiaan yang lebih tersusun, berkesan dan memenuhi jangkaan pihak berkepentingan.
Penganjuran latihan ini merupakan satu langkah strategik ke arah memperkasakan tadbir urus organisasi, sekali gus memperteguh usaha MCM untuk terus melangkah sebagai sebuah pertubuhan kemanusiaan (NGO) yang mengutamakan kecemerlangan, akauntabiliti dan kualiti dalam setiap amanah yang digalas.
“Membudayakan kualiti bukan sekadar memenuhi piawaian, tetapi membina kecemerlangan yang mampan demi memberi manfaat yang lebih besar kepada ummah.”