MCM PENYUMBANG TERBESAR PEMBINAAN SURAU JARIAH QASEH

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
11 May, 2026

Berkat kesabaran dan kegigihan, impian Pengerusi Pertubuhan Jariah Qaseh Malaysia (PJQM), Puan Natipah Abu untuk memiliki sebuah surau yang selesa bagi kemudahan asnaf di pusat kebajikan itu akhirnya menjadi kenyataan.

Muslim Care Malaysia (MCM) menyalurkan sumbangan sebanyak RM66,000, sekali gus menjadi penyumbang terbesar untuk pembinaan Surau Jariah Qaseh itu yang keseluruhannya berharga RM350,000.

Natipah yang mesra dengan panggilan Kak Pah berkata, antara penyumbang utama yang lain ialah seorang individu yang enggan dikenali dengan sumbangan RM50,000 dan Lembaga Zakat Negeri Kedah dengan sumbangan sebanyak RM30,000.

“Kak Pah ucapkan jutaan terima kasih kepada MCM dan semua penyumbang. Tak kiralah sama ada bagi sikit atau banyak, sumbangan mereka semua amat kami hargai hingga terbinanya surau ini.

“Kak Pah mewakili PJQM mendoakan semoga Allah SWT memberi pahala dan keberkatan kepada semua penyumbang,” katanya.

Kompleks PJQM yang terletak di Gurun, Kedah memberi perlindungan kepada warga emas yang pada masa ini seramai 17 orang, anak yatim lelaki (10 orang) dan anak yatim perempuan (9 orang)

Dengan terbinanya Surau Jariah Qaseh yang mampu memuatkan kira-kira 150 jemaah pada satu masa, semua penghuni dan petugas di kompleks PJQM kini dapat menunaikan solat dan manjalankan pelbagai aktiviti berkaitan agama dengan lebih selesa.

Majlis perasmian Surau Jariah Qaseh berlangsung pada 7 Mei 2026 dan turut dihadiri Presiden MCM, Haji Zulkifli Wahijan.

© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia