MCM KUPAS ISU PALESTIN DI PODCAST HARIAN METRO

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
20 August, 2025

Segala ruang dan peluang yang ada, dimanfaatkan sepenuhnya oleh Muslim Care Malaysia (MCM) untuk mengangkat isu pembunuhan beramai-ramai dan kebuluran yang berlaku di Gaza pada masa ini.

Terima kasih kepada Harian Metro kerana menjemput Presiden MCM, Haji Zulkifli Wahijan sebagai tetamu dalam program podcast Apa-Apa Saja terbitan MyMetro TV bagi mengupas keadan terkini konflik Palestin-Israel.

Rakaman program berlangsung selama 45 minit di Ink Studio, NSTP, Balai Berita Bangsar, Kuala Lumpur pada 13 Ogos dan dihoskan oleh wartawan Harian Metro, Muhammad Saufi Hassan.

Podcast Apa-Apa Saja itu akan disiarkan pada 24 Ogos 2025 di pelbagai platform media sosial Harian Metro selain turut disiarkan di ruangan Kafe Ahad akhbar Metro Ahad pada tarikh yang sama.


© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia