MCM KOMITED MEMPERKASA KUALITI, INTEGRITI DAN TADBIR URUS
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
24 September, 2026
Muslim Care Malaysia Society (MCM) terus memperkukuh komitmen dalam memastikan setiap program kemanusiaan, kebajikan, pendidikan, perubatan, dakwah dan pembangunan komuniti dilaksanakan secara berkualiti, berkesan serta memberi impak yang bermakna kepada masyarakat.
Melalui Polisi Kualiti MCM, kami beriltizam untuk memenuhi keperluan penerima manfaat dan pihak berkepentingan, di samping menjunjung nilai integriti, ketelusan, akauntabiliti dan tadbir urus yang baik dalam setiap urusan organisasi.
MCM turut memberi perhatian kepada pembangunan kompetensi kakitangan dan sukarelawan, pengukuhan kerjasama strategik, pematuhan terhadap keperluan perundangan serta penambahbaikan berterusan terhadap Sistem Pengurusan Kualiti (Quality Management System – QMS).
Insya-Allah, usaha ini menjadi asas kepada penyampaian perkhidmatan yang lebih profesional, tersusun dan diyakini oleh masyarakat serta para penyumbang.
Jika anda menyokong usaha MCM, jangan lupa berikan
LIKE sebagai tanda sokongan.
Terima kasih kerana terus bersama kami.
Ingat Sedekah Jariah Ingat Muslim Care Malaysia
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan
Tepat Pada Waktunya Tepat Pada Sasaran