MCM KEMBALI KE ACEH SELEPAS 20 TAHUN (VIDEO)

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
29 July, 2025

Muslim Care Malaysia (MCM) telah selamat tiba di bumi Aceh semalam, 25 Julai 2025 untuk Misi Kembara Dakwah sempena 20 tahun penubuhan Muslim Care Malaysia (MCM).

Sebaik tiba di bumi Aceh, delegasi MCM menziarahi makam mangsa-mangsa tsunami yang menjadi saksi bisu sejarah duka 2004.

Langkah diteruskan dengan menuju ke Masjid Baiturrahman, tempat MCM memulakan misi pertama dahulu. Di sini, Presiden MCM, Tuan Hj Zulkifli Wahijan dan Timbalan Presiden, Tuan Johari Ismail berkongsi kembali pengalaman getir dan bermakna yang menjadi titik mula perjuangan MCM.

MCM turut bersama-sama jemaah menadah doa dalam majlis bacaan Yassin selepas solat Zohor, memohon kesejahteraan buat mereka yang telah pergi dan yang masih bertahan.

Sebagai tanda ingatan dan solidariti, MCM turut menyerahkan sumbangan kepada 115 keluarga mangsa tsunami.

“Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara…”

(Surah Al-Hujurat: 10)

Kembara dakwah kali ini bukan hanya mengenang sejarah, bahkan meneruskan amanah berdakwah, menyantuni dan menyuburkan harapan.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat Pada Masa.

Tepat Pada Sasaran.



© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia