MCM JALIN KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA UC TATI
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
15 July, 2026
Muslim Care Malaysia (MCM) telah mengadakan kunjungan hormat ke Universiti College TATI (UC TATI) bagi membincangkan peluang kerjasama strategik dalam pelbagai bidang yang memberi manfaat kepada masyarakat.
Delegasi MCM telah disambut oleh Rektor UC TATI, Prof. Ir. Dr. Hairul Azhar Abdul Rashid, dalam satu sesi perbincangan yang berlangsung dalam suasana mesra dan konstruktif.
Delegasi MCM diketuai oleh Presiden Muslim Care Malaysia, Haji Zulkifli Wahijan, bersama Ustaz Ahmad Shukri dan Ahmad Safuan.
Antara perkara yang dibincangkan termasuk potensi kerjasama dalam bidang pendidikan, pembangunan masyarakat, kesukarelawanan serta pelaksanaan program kemanusiaan yang dapat memanfaatkan kedua-dua pihak.
Muslim Care Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak UC TATI atas kesudian menerima kunjungan ini dan berharap hubungan strategik yang terjalin akan membuka ruang kepada pelaksanaan pelbagai inisiatif bersama pada masa hadapan.