MCM HADIRI FORUM PALESTIN DI PARLIMEN

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
8 June, 2023
Muslim Care Malaysia (MCM) telah menghadiri Forum Building Bridges : Strengthening Bilateral Relations Between The League Of Parlimentarians For Al-Quds and The Parliment of Malaysia di Bangunan Parlimen Malaysia pada 7 Jun 2023.
MCM sangat menyokong kuat usaha pemerkasaan dan pembebasan Palestin. Pemerkasaan usaha dalam membebaskan Palestin perlu diperhalusi dari segenap sudut termasuk dari badan legislatif di seluruh dunia.
Badan legislatif merupakan badan terbesar di dunia yang boleh memainkan peranan dalam isu Palestin kerana Palestin bukan sahaja isu umat Islam bahkan kemanusian keseluruhannya.
Tahniah dan syabas kepada Tan Sri Dato Johari Abdul, YDP Dewan Rakyat dan Parlimen Malaysia atas penganjuran forum ini yang saya yakin sebagai langkah permulaan yang sangat positif dalam usaha pemerkasaan Palestin dari badan legislatif di Malaysia.
Untuk makluman, MCM sedang mengusahakan Projek Kompleks Perniagaan Wakaf Produktif di Palestin.
Wakaf produktif adalah satu bentuk wakaf yang menukar nilai wakaf kepada aset yang akan memberi nilai tambah kepada masyarakat sekitar.
Sejak 2021,usaha membina Kompleks Perniagaan Wakaf Produktif yang pertama di GAZA diusahakan oleh Muslim Care Malaysia (MCM).
Dana untuk menyiapkan bangunan ini dijangkakan memerlukan sebanyak RM 6 juta dan masih memerlukan sebanyak RM 1.8 juta untuk menjadikan ia satu kenyataan.
Dengan izin Allah serta tekad kita semua rakyat Malaysia untuk membantu saudara kita di Palestin, mudah-mudahan Bangunan Wakaf Produktif ini akan menjadi satu kenyataan.
 
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia