MCM GERAKKAN MISI BANTUAN BANJIR FASA KEDUA KE KELANTAN (VIDEO)

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
9 December, 2024

Seramai 21 orang dengan menggunakan 1 buah lori 7 tan, 5 buah pacuan 4 roda dan 1 kereta SUV, pasukan Muslim Care Malaysia (MCM) dengan kerjasama PKIMB telah selamat bertolak pada 6 Disember 2024.

Sebanyak 847 paket Ready To Eat (RTE) Nasi Briyani, 650 kampit beras, 432 paket sardin, 250 set kit ibadah, 235 bantal, 115 toto, 100 karton air mineral, lampin pakai buang dewasa dan kanak-kanak serta pakaian terpakai telah dibawa bersama dalam misi kali ini.

Selain edaran bantuan barangan, MCM juga akan meneruskan projek “Kitchen Care” supaya makanan panas turut dapat diedarkan kepada mangsa-mangsa banjir.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah bermurah hati memyalurkan bantuan dan sumbangan melalui MCM.

Semoga setiap jariah yang diberikan akan menjadi saham akhirat berpanjangan buat kita semua.

Insya-Allah.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat Pada Waktunya.

Tepat Pada Sasaran.



© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia