MCM DAN UTP BEKERJASAMA LAKAR AGENDA MASA DEPAN

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
17 July, 2024

Salah satu daripada tujuh tabiat orang berjaya yang dikarang oleh Stephen Covey dalam buku "The 7 Habits of Highly Effective People" ialah bermula dengan matlamat yang jelas sebelum bermula.

Menjadi satu keutamaan kepada Muslim Care Malaysia untuk terus komited membantu dan membangunkan Palestin dalam pelbagai sektor biar berapa kali pun kota Gaza dihancurkan. Dengan izin Allah, kita akan terus mengembeling tenaga dan usaha menjayakan bumi Gaza yang sememangnya hak rakyat Palestin.

Pertemuan bersama Jabatan Pengurusan dan Kemanusiaan, Universiiti Teknologi Petronas, UTP pada 15 Julai 2024 telah membincangkan beberapa projek kerjasama khusus dalam membina kerangka inisiatif NGO dalam pembangunan pendidikan Palestin.

Turut hadir sama dalam perbincangan, ialah Prof Madya Dr. Aminurraasyid Yatiban yang juga merupakan penasihat MCM serta Prof Madya Dr. Mohd Nuri, pensyarah di UTP.

Besar harapan kami di MCM untuk memastikan kerangka-kerangka yang dibincangkan dapat dikemaskan seterusnya dilestarikan. Insya-Allah.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat Pada Waktunya.

Tepat Pada Sasaran.



© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia