MCM DAN UKM IKAT KERJASAMA TERBIT KAMUS BRAILLE (VIDEO)

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
20 February, 2024

Kamus Braille Bahasa Melayu - Bahasa Inggeris yang sedang diusahakan bersama oleh Muslim Care Malaysia (MCM) dan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ialah yang pertama seumpamanya di Nusantara.

Bukan sahaja 50,000 orang OKU buta di Malaysia akan mendapat manfaat daripada misi kali ini bahkan juga kepada mereka di negeri jiran yang menggunakan Bahasa Melayu. Antaranya ialah Brunei, Singapura dan Indonesia.

Lamaran dari Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sangatlah kami sambut baik selari dengan motto MCM, Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Kamus ini bukan sahaja akan diedarkan hanya di sekolah-sekolah pendidikan khas bahkan ke seluruh perpustakaan yang ada di dalam negara kita.

" Besar harapan kami untuk menjayakan misi ini kerana seringkali berita memaparkan seolah-olah golongan ini dipinggirkan sedangkan merekalah yang sepatutnya menjadi keutamaan kita untuk dibantu," ulas Tuan Johari Ismail, Timbalan Presiden MCM dalam majlis mendatangani surat hasrat (Lol) antara fakulti Pendidikan UKM dan Muslim Care Malaysia Society.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat pada waktunya.

Tepat pada sasaran.



© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia