MCM DAN THE NOOR RANCANG KERJASAMA

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
7 July, 2024

Satu perkembangan yang baik apabila melihat aplikasi The Noor dibangunkan oleh anak muda Islam yang berjiwa besar. Pelbagai aktiviti berunsurkan ibadah dapat dilakukan melalui aplikasi ini.

Muslim Care Malaysia berbesar hati untuk hadir ke pejabat The Noor dan mendengar penerangan lanjut berkaitan aplikasi ini. Selain menjadi alat pengingat waktu solat, aplikasi ini turut dapat digunakan untuk membaca Al-Quran, menyemak bacaan, merekod zikir harian, menyemak arah kiblat dan pelbagai lagi.

Ruang kerjasama turut kami bincangkan bersama dengan harapan lebih ramai akan dapat mengenali Muslim Care Malaysia melalui kolobrasi ini nanti.

Teruskan bersama Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat Pada Masanya, Tepat Pada Sasaran.


© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia