MCM DAN PONDOK DARSA BAKAL BERKOLABORASI DI MAJLIS MAULIDUR RASUL
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
27 July, 2026
Ziarah hormat pasukan Muslim Care Malaysia (MCM) ke Pondok DarSa Kuala Nerang Kedah pada 23 Julai 2026 membuahkan hasil yang sangat istimewa.
Pengasas pondok itu, Tuan Guru Syeikh Zainul Asri bukan saja menyambut kunjungan kami dengan layanan mesra dan hidangan makan tengah hari, malah turut menghulurkan tangan untuk berkolaborasi.
Tuan Guru dengan besar hati menjemput MCM turut serta dalam majlis sambutan Maulidur Rasul yang bakal diadakan selama dua hari di kompleks Pondok DarSa pada 24 dan 25 Ogos 2026.
“Saya percaya program itu satu platform yang baik untuk MCM berkongsi kepakaran dan maklumat terutama mengenai isu Palestin kepada orang ramai,” kata Syeikh Zainul Asri.
Berdasarkan sambutan sebelum ini, kira-kira 5,000 orang dari seluruh negara dijangka hadir di majlis itu kelak yang turut diserikan dengan cerama perdana oleh Ustaz Azhar Idrus.
Sementara Timbalan Presiden MCM, Haji Mohd Johari Ismail yang mengetuai kunjungan ziarah ke Pondok DarSa berkata,ruang diberikan oleh Syeikh Zainul Asri itu amat dihargai dab akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh MCM.
Hadir sama dalam sesi ziarah itu ialah Bendahari Agung MCM, Ustaz Ahmad Shukri Ismail dan Ahli Lembaga Pengarah MCM, Haji Tuan Asri Tuan Hussein.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan
Tepat Pada Waktunya, Tepat Pada Sasaran