MCM DAN PECINTA AL-AQSHA SEPAKAT PERKUKUH JARINGAN BANTUAN GAZA

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
27 July, 2026

Muslim Care Malaysia Society (MCM) terus mempergiat usaha memperluaskan jaringan strategik bagi menyantuni krisis kemanusiaan di Gaza apabila Ahli Lembaga Pengarahnya, Sdr. Abu Yaqin, mengadakan kunjungan rasmi ke ibu pejabat pertubuhan Pecinta Al-Aqsha di Indonesia.

Pertemuan yang berlangsung dalam suasana mesra itu mempertemukan beliau dengan Ketua Pertubuhan Pecinta Al-Aqsha, Ustaz Sobri Lupis, bagi membincangkan pelbagai inisiatif memperkasakan solidariti ummah terhadap Palestin. Semasa sesi libat urus tersebut, Sdr. Abu Yaqin berkongsi laporan komprehensif mengenai perkembangan semasa di Gaza serta membentangkan pelbagai projek kebajikan yang sedang digerakkan oleh MCM di lapangan.

Pihak Muslim Care Malaysia turut mengemukakan cadangan strategik untuk menjalin kerjasama erat bersama Pecinta Al-Aqsha dalam pelaksanaan pelbagai program bantuan masa depan. Pertemuan bernoktah positif itu menyaksikan kedua-dua pihak bersetuju untuk meneruskan komunikasi dan penyelarasan lanjut bagi merealisasikan inisiatif bersama demi kesejahteraan rakyat Palestin.

© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia