MCM DAN JDC TINGKAT KERJASAMA DAKWAH DI JEPUN

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
4 December, 2023

Muslim Care Malaysia (MCM) akan terus memperbanyakkan aktiviti dakwah di Jepun menerusi kerjasama dengan Japan Dakwah Centre (JDC)ang diasaskan oleh rakyat Malaysia yang bermastautin di Osaka, Jepun, Tuan Zulkarnain Hassan Basri.

Dalam pertemuan di pejabat MCM pada 1 Disember lalu perbincangan difokuskan kepada gerak kerja tahun 2024 dengan JDC diminta berperanan sebagai orang tengah membantu mereka menguruskan perjalanan projek tersebut.

Firman Allah SWT: "Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal yang baik) untuk mendapat keampunan daripada Tuhan kamu, dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya.

"Yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar." (Surah Al-Hadid, ayat 21).

Mohon doakan semoga persamaan ini akan menghasilkan impak yang besar untuk perkembangan Islam di Jepun.


© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia