MCM DAN JDC RANGKA KERJASAMA PROGRAM DAKWAH DI JEPUN
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
11 November, 2023
Biarpun tumpuan kami pada ketika ini ialah membantu rakyat Palestin yang sedang berjuang menentang tentera Zioni$ 1$rael, kerja dakwah dan kebajikan lain tidak terhenti.
Diketuai Naib Presiden, Muhd Khidir Izaidin, sepasukan lima sukarelawan Muslim Care Malaysia Society (MCM) kini berada di Jepun untuk misi dakwah selama lima hari bermula 11 Oktober 2023.
Pada hari pertama, mereka mengadalan pertemuan dan perbincangan dengan Japan Da’wah Centre (JDC) yang berpusat di Osaka.
JDC diasaskan dan diterajui oleh seorang rakyat Malaysia yang bermastautin di Osaka sejak 16 tahun lalu, Zulkarnain Hassan Basri.
InsyaAllah, ukhwah dan kerjasama lebih jitu bakal terjalin antara MCM dan JDC untuk aktiviti dakwah yang lebih tersusun dan berkesan di Jepun.
Ingat Sedekah Jariah Ingat Muslim Care Malaysia
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan
Tepat Pada Sasaran
Tepat Pada Waktunya