
MCM DAN FGV BERGABUNG BANTU MANGSA BANJIR KELANTAN (VIDEO)
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
14 December, 2024
Kerjasama strategik antara Muslim Care Malaysia (MCM) dan FGV Holdings Berhad (FGV) terus diperkasakan melalui misi bantuan kepada mangsa banjir di Tumpat, Kelantan.
Majlis pelancaran dan pelepasan konvoi bantuan disempurnakan oleh Pengerusi FGV, Tan Sri Rastam Mohd Isa di Wisma FGV, Kuala Lumpur pada 11 Disember 2024.
Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Fakhrunniam Othman dan Presiden MCM, Tuan Haji Zulkifli Wahijan.
Tan Sri Rastam di dalam ucapannya menzahirkan kesyukuran kerana FGV dapat sekali lagi berkolaborasi dengan MCM sebagai rakan strategik dalam melaksanakan program CSR..
“Untuk program bantuan banjir kali ini FGV memperuntukkan RM150,000 iaitu pek makanan untuk 1,200 keluarga bernilai RM120,000 dan RM30,000 dalam bentuk tunai untuk tiga masjid di Tumpat yang terjejas akibat banjir baru-baru ini,” katanya.
Tuan Haji Zulkifli pula berkata, kerjasama pintar FGV dan MCM dalam melakukan aktiviti kebajikan bersifat ‘sustainable’ yang mudah-mudahan diberi ganjaran Allah SWT di akhirat kelak.
Hampir 20 kenderaan https://youtu.be/ya8RWWBnveg?si=hokJ1BG5P7Y4yyFPpacuan empat roda FGV dan MCM serta satu lori kontena terbabit dalam konvoi bantuan banjir kali ini dengan jumlah sukarelawan hampir 100 orang.
Sementara itu, bagi MCM misi ke Kelantan kali ini adalah yang keempat sejak banjir mula melanda negeri itu pada hujung November lalu dan jumlah nilai bantuan melebihi RM100,000.