MCM DAN DR ZULKIFILI ALBAKRI SEIRING

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
26 November, 2023

Dalam lembut nada bicaranya terkandung banyak idea-idea bernas dan di luar kotak yang dicadang untuk dilaksanakan Muslim Care Malaysia (MCM).

Itulah bekas mufti Wilayah Persekutuan yang juga ilmuan Islam tersohor tanah air, Datuk Seri Dr Zulkifli Albakri.

Lontaran idea menarik itu dilontarkan beliau dalam pertemuan dengan pimpinan MCM iaitu Presiden, Tuan Haji Zulkifli Wahijan; Setiausaha Agung, Ahmad Safuan Ujar dan Exco Media, Tuan Asri Tuan Hussein.

Pertemuan berlangsung lebih sejam di pejabat Dr Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri di Kompleks Al-Abqari di Nilai, Negeri Sembilan pada 22 November 2023.

Selaku sahabat lama kepada Presiden MCM dan salah seorang Penasihat MCM, Dr Zulkifli melahirkan harapan tinggi supaya MCM terus istiqomah menjalankan aktiviti bantuan kemanusiaan dengan niat yang betul.

“Malah, menjelang usia MCM 20 tahun pada 2026, saya mahu melihat MCM menjadi antara pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terbaik di negara ini,” katanya.

Dr Zulkifli yang baru-baru ini menyumbang RM100,000 hasil lelongan jam Rolex milik beliau untuk dana kecemasan Palestin MCM turut berminat untuk menyertai misi kemanusiaan MCM ke sempadan Turkiye-Syria, awal tahun depan.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat pada waktunya.

Tepat pada sasaran.

© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia