
MCM BUKA PUSAT PENGUMPULAN BARANGAN BANTUAN BANJIR
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
3 December, 2024
Banjir mula melanda Pantai Timur dan beberapa negeri di utara Semenanjung. Bahkan semua pihak sedang bersiap sedia untuk menghadapi gelombang kedua.
Muslim Care Malaysia (MCM) membuka peluang dan ruang kepada semua rakyat Malaysia untuk sama-sama menyumbang bagi menyempurnakan usaha pengumpulan barangan keperluan dan boleh menghantar ke pusat pengumpulan yang disediakan di Pejabat Operasi kami seperti butiran dibawah;
No. 11, Jalan Binjai 1A, Sungai Tua Tanah Gentian, 68100 Batu Caves, Selangor.
Waktu operasi : Setiap hari
Masa :8 pagi - 5 petang.
Item yang diperlukan ialah;
1. Kit Ibadah - sejadah, telekung, kain batik, kain pelikat.
2. Kit Makanan - beras, minyak botol, biskut, makanan sedia dimakan (RTE), kurma.
3. Kit Kebersihan - tuala, ubat gigi/berus, sabun mandi, lampin dewasa, lampin kanak-kanak, tuala wanita.
4. Item Tambahan - sabun cuci, peralatan mencuci, toto, bantal, tikar, sleeping bag.
Untuk maklumat lanjut boleh berhubung di talian Hotline MCM : 011-500 500 35
Untuk menyumbang boleh berbuat demikian melalui pautan ini
https://muslimcaremalaysiasociety.com/.../dana-kecemasan...
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.
Tepat Pada Waktunya.
Tepat Pada Sasaran.