
MCM BUKA PUSAT KUMPUL BARANG SUMBANGAN MANGSA BANJIR
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
9 December, 2024
Kuala Lumpur: Muslim Care Malaysia (MCM) membuka pusat pengumpulan bagi sumbangan barangan keperluan asas sejak minggu lalu untuk diagihkan kepada mangsa yang terjejas dalam banjir di seluruh negara.
Setiausaha Agungnya Ahmad Safuan Ujar berkata, pihaknya juga memulakan kempen kutipan sumbangan dengan sasaran RM500,000 bagi misi bantuan banjir di negeri-negeri terbabit.
"Kita sudah mulakan kempen ini dengan menyenaraikan barangan diperlukan seperti lampin pakai buang bayi, susu, pek makanan kering dan kit kebersihan.
"Orang ramai diberi pilihan sama ada menyumbang wang atau menghantar barangan diperlukan ke pusat pengumpulan di ibu pejabat kami di Kampung Sungai Tua, Batu Caves, Selangor.
Disiarkan di Harian Metro pada 4 Disember 2024. Ikuti berita sepenuhnya di pautan ini:
https://muslimcaremalaysiasociety.com/ms/berita/mcm-buka-pusat-kumpul-barang-sumbangan-mangsa-banjir