MCM BRAZIL AGIH 50 BAKUL MAKANAN

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
28 August, 2024

Seramai 35,000 penduduk Brazil daripada keseluruhannya hampir 220 juta orang ialah penganut Islam.

Populasi yang agak kecil berbanding agama lain.

Namun keberadaan mereka seharusnya menjadi tanggungjawab kita bersama untuk memastikan kebajikan dan akidah mereka terus utuh di bumi Florianopolis, Brazil.

Pada 23hb Ogos 2024, Muslim Care Malaysia-Brazil diwakili Syeikh Hussein Abu Marzouq telah menyantuni 50 orang muslim di sekitar sebuah masjid yang terletak sejauh 8 ja perjalanan dari bandar Imbituba, Brazil.

Misi membina sebuah Pusat Islam di bandar Imbituba Brazil masih sedang diusahakan dan memerlukan sebanyak RM226 ribu lagi untuk merealisasikannya.

Semoga dengan jariah dan wakaf yang kita salurkan ini, akan mengukuhkan komuniti Islam di sana.

Terima kaish kepada yang telah berwakaf dan membantu usaha dakwah Muslim Care Malaysia.

Selagi mana Pusat Islam ini memberi manfaat kepada komuniti di sana, selagi itulah aliran pahala jariah Tuan/Puan akan berterusan bertambah.

Amin.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat pada waktunya.

Tepat pada sasaran.



© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia