MCM BINCANG KERJASAMA BERSAMA AL-AQSA WORKING GROUP
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
27 July, 2026
Pada 23 Julai 2026, wakil Muslim Care Malaysia Society (MCM), Sdr Abu Yaqin yang juga Ahli Lembaga Pengarah MCM, telah mengadakan kunjungan ke pejabat Al-Aqsa Working Group di Bekasi, Jawa Barat, Indonesia bagi membincangkan perkembangan semasa di Gaza serta potensi kerjasama antara kedua-dua organisasi.
Kunjungan tersebut disambut oleh Ketua Al-Aqsa Working Group, Ustaz Riva, bersama pasukan media pertubuhan berkenaan.
Dalam pertemuan itu, Sdr Abu Yaqin berkongsi perkembangan terkini mengenai situasi kemanusiaan di Gaza, selain membentangkan beberapa usaha dan projek bantuan yang sedang dilaksanakan oleh MCM untuk membantu rakyat Palestin.
Perbincangan turut menyentuh peluang kerjasama dalam bidang bantuan kemanusiaan, media dan advokasi Palestin, termasuk usaha memperluaskan penyampaian maklumat serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap isu yang berlaku di bumi Palestin.
Pihak Al-Aqsa Working Group menyambut baik cadangan tersebut dan menyatakan kesediaan untuk meneroka bentuk kerjasama yang lebih tersusun bersama MCM.
Kedua-dua pihak bersetuju untuk meneruskan komunikasi dan penyelarasan bagi mengenal pasti bentuk kerjasama yang boleh dilaksanakan dalam masa terdekat.
Kunjungan ini diharapkan menjadi langkah awal ke arah pengukuhan jaringan kerjasama strategik bagi memperkasakan usaha kemanusiaan dan advokasi untuk rakyat Palestin.