MCM BINA 17 MASJID SEMENTARA DI GAZA

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
6 October, 2026

Sejak tercetur Taufan Al Aqsa pada 7 Oktober 2023 di Gaza, Muslim Care Malaysia Society telah berjaya membina sebanyak 17 buah masjid dan surau sementara hasil sumbangan orang ramai, syarikat serta agensi yang terlibat.

Usaha ini menjadi simbol harapan buat saudara kita di Gaza agar mereka tetap mempunyai ruang untuk beribadah, menuntut ilmu dan menguatkan ukhuwah, walaupun berdepan suasana serba mencabar.

Setiap sumbangan yang dihulurkan bukan sekadar membantu membina struktur fizikal, bahkan turut menghidupkan syiar Islam dan memberi kekuatan jiwa kepada masyarakat yang terkesan.

Terima kasih kepada semua penyumbang yang terus bersama Muslim Care Malaysia Society dalam menjayakan misi kemanusiaan ini.

Semoga setiap kebaikan ini menjadi amal jariah yang berpanjangan


© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia