MCM BERSAMA INISIATIF KEMANUSIAAN UNTUK PALESTIN
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
7 July, 2024
Muslim Care Malaysia berbesar hati untuk bersama-sama dalam Majlis Pelancaran Inisiatif Kemanusiaan Untuk Palestin pada Rabu, 4 Julai 2024 di Putrajaya.
Muslim Care Malaysia diwakili Presiden Muslim Care Malaysia, Tuan Haji Zulkifli Wahijan menyambut baik usaha kerajaan yang sentiasa mahu membantu Gaza.
Menurut Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan, satu-satunya laluan ke Gaza yang masih dibuka selepas Lintasan Rafah ditutup sepenuhnya awal Mei lalu hanyalah laluan Lintasan Jambatan Raja Hussein yang menghubungkan Tebing Barat dengan Jordan bagi menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Pengurusan Bantuan Kemanusiaan di bawah kerajaan dilakukan menerusi Ops Ihsan.
"Dengan hubungan baik Malaysia dan Jordan, kami (Wisma Putra) bertindak sebagai pengantara untuk menemukan badan bukan kerajaan (NGO) serta sukarelawan bagi menghantar bantuan ke Gaza," jelas beliau.
Teruskan bersama Muslim Care Malaysia,
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.
Tepat pada waktunya.
Tepat pada sasaran.