MCM BERSAMA 7 NGO GERAKKAN BANTUAN BANJIR FASA 5
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
19 December, 2024
Sebanyak 3000 roti dan barang bantuan lain telah selamat diagihkan kepada mangsa banjir dalam Misi Banjir Kelantan Fasa 5 pada 13 hingga 15 Disember 2024.
Seramai 87 sukarelawan dari pelbagai NGO termasuklah Muslim Care Malaysia berkumpul di Balai Bomba Pasir Mas sebelum masing-masing masuk ke 21 buah kampung dan mengagihkan barang bantuan seperti roti, makanan kering, air minuman, baju dan toto.
Terima kasih kepada semua NGO yang bersama-sama dalam misi kali ini iaitu Dana Kita, Si Peduli, Ngo Gerak, Team Utara, Empire Project, Respon Team dan Pasukan Bomba sukarela gombak.
Insya-Allah Bantuan Fasa 6 akan menyusul.
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve