MCE BELANJA PETROL PERCUMA UNTUK PELAJAR UNIVERSITI AL-AZHAR

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
1 April, 2026

Sambutan 1 Syawal 1447H bersamaan 21 Mac 2026 menghadirkan kejutan ke[ada pelajar Malaysia di Universiti Al-Azhar, Kaherah Mesir apabila mereka yang menunggang motosikal ditaja pengisian petrol pecuma oleh Muslim Care Egypt (MCE) iaitu subsidari kepada Musim Care Malaysia.

Inisiatif ini bukan sekadar bantuan kewangan, bahkan simbol keprihatinan dan kebersamaan MCE dalam memastikan kebajikan sentiasa terpelihara.

Tidak lupa juga terima kasih kepada Muslim Care Malaysia Society atas sokongan dan usaha sama dalam menjayakan program ini.

Semoga usaha kecil ini menjadi asbab kebaikan dan memberi manfaat kepada semua pihak.




© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia