MB LANCAR “BAHU UNTUK GAZA” TERENGGANU (VIDEO)

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
29 October, 2025

Kempen “Bahu Untuk Gaza” oleh Muslim Care Malaysia (MCM) untuk membantu rakyat Palestin mendapat sokongan padu kerajaan negeri Terengganu.

Ini terbukti apabila Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkenan melancarkan kutipan dana peringkat negeri Terengganu ketika Malam Perhimpunan Palestin: Bahu Untuk Gaza di Stadium Tertutup Kuala Terengganu pada 25 Oktober 2025.

“Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada kita untuk terus menjadi bahu bagi menyokong perjuangan rakyat Palestin kerana perjuangan mereka adalah perjuangan kita semua,” kata beliau dalam ucapan perasmian.

Bahu Untuk Gaza adalah lambang hubungan rapat, kasih sayang dan solidariti rakyat Malaysia kepada penduduk Gaza. Kita tidak hanya bersimpati dari jauh, tetapi memilih untuk berada sedekat mungkin, bahu-membahu sebagai tanda mereka tidak bersendirian.

Sejumlah RM450,000 berjaya dikumpulkan bersempena program itu untuk menjadikan jumlah keseluruhan dana setakat ini RM1.4 juta daripada RM3 juta yang disasarkan.

Antara wakil penyumbang yang hadir menyerahkan replika cek sumbangan ialah DRB Hicom, Syarikat Air Terengganu, TDM Berhad, Surau Al Insaf Menara Maybank dan Masjid Abidin Kuala Terengganu.

Penyumbang lain ialah EPIC Berhad, Pejabat Menteri Besar Kelantan dan Pejabat Timbalan Menteri Besar Kelantan,

Sumbangan diterima Presiden MCM, Haji Zulkifli Wahijan sambil disaksikan Menteri Besar dan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim.

Haji Zulkifli berkata ada dua organisasi yang memberi sumbangan masing-masing sebanyak RM250,000 dan RM100,000 namun tidak mahu identiti mereka didedahkan.

Ayuh sama-sama memberi sumbangan untuk membantu rakyat Palestin melalui:

Maybank: 564490413882

Nama Akaun: Muslim Care Malaysia Society

Rujukan: BAHUUNTUKGAZA

Ingat sedekah jariah,Ingat Muslim Care Malaysia

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan, Tepas Pada Waktunya, Tepat Pada Sasaran




© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia