MASJID PERTAMA DIBINA MUSLIM CARE MALAYSIA.

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
28 December, 2022
Masjid pertama yang dibina oleh Muslim Care Malaysia Society (MCM) terletak di Kg Chnnang, Kemboja.
Masjid yang dibina sekitar tahun 2013 ini ialah hasil sumbangan orang ramai dengan kos mencecah RM100k.
Dengan terbinanya masjid ini, ianya telah memberi sinar kepada perkembangan Islam di bumi Kemboja disamping menjadi pusat yang menyatukan masyarakat setempat. Masjid ini turut menjadi syiar kepada keberadaan Islam di bumi yang subur dengan tunas-tunas Islam.
"Sesiapa yang membina masjid kerana Allah, Allah membina baginya rumah di syurga kelak (binaan) seumpamanya.”
(Hadith riwayat Muslim)
Semoga masjid ini menjadi saham berharga buat seluruh penyumbang untuk dipersembahkan kepada Allah SWT dan menjadi pemberat timbangan amal.
Misi dakwah ke Kemboja akan terus diusahakan dari semasa ke semasa.
Yang terdekat ialah Misi Bantuan Kemanusiaan Kemboja pada hujung bulan ini.
Beberapa jenis bantuan akan dibawa untuk dimanfaatkan masyarakat di sana antaranya Pek Makanan, Waqaf Al-Quran, Pemeriksaan Kesihatan dan Kenduri Rakyat.
Sumbangan bagi menjayakan program ini masih boleh terus disalurkan melalui capaian ini
atau boleh terus membuat transaksi ke akaun
MUSLIM CARE MALAYSIA
564490413882 (MAYBANK)
14014010147470 (BANK ISLAM)
1101744599 (BANK RAKYAT)
atau ke akaun
PERTUBUHAN PENYAYANG ISLAM MALAYSIA
8604171675 (CIMB)
Teruskan menyumbang bersama Muslim Care Malaysia Society dalam menyemarakkan syiar Islam disegenap pelusuk dunia dan berkebajikan tanpa sempadan demi Islam.
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia Society.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,
Tepat pada sasaran.
Tepat pada waktunya.
#muslimcaremalaysia
#bantuankemanusiaanmerentasisempadan
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia