MASJID DI GAZA: AMANAH ANDA TELAH TERLAKSANA (VIDEO)

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
12 February, 2026

Alhamdulillah, Masjid Haji Daoud Dan Hajjah Fatima kini telah siap dibina di Gaza hasil sumbangan dermawan dari Malaysia dan sudah mula digunakan sepenuhnya oleh penduduk.

​Jutaan terima kasih buat para penyumbang infaq. Harta yang anda titipkan bukan sekadar membina dinding dan kubah, tetapi menyediakan tempat sujud yang selamat bagi saudara kita di sana. Melihat kegembiraan penduduk setempat memanfaatkan masjid ini adalah bukti keikhlasan anda semua.

​Semoga setiap rakaat solat dan doa yang dipanjatkan di sini, mengalirkan pahala yang berterusan buat para penyumbang sebagai bekalan di akhirat kelak.

​Peluang Bina Rumah di Syurga:

Bagi yang ingin terus menyokong misi pembinaan masjid di bumi Gaza, sumbangan anda amat dialu-alukan

​Maybank Muslim Care Malaysia

564490211159

​Rujukan: "Masjid Gaza"

​Nilai Wakaf:

RM 40,000 (Satu unit) atau seikhlas hati.

​"Sesiapa yang membina masjid kerana Allah... maka Allah akan membina untuknya rumah di dalam syurga." (HR. Ibnu Majah)

​Terima kasih kerana terus bersama kami dalam misi kemanusiaan ini.



© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia