MASAKAN PANAS UNTUK PENGHUNI KEM PELARIAN GAZA (VIDEO)
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
6 August, 2024
Serangan tentera penjajah ke atas Ghazza memasuki hari ke 300. Bagaikan padang jarak padang terkukur.
Serangan sepanjang tempoh tersebut telah mengorbankan 40,000 penduduk Ghazza yang majoritinya wanita dan kanak-kanak. Manakala lebih 90,000 penduduk telah dilaporkan cedera.
Keperluan utama mangsa-mangsa peperangan adalah makanan di mana pada ketika ini kebanyakan mereka telah memasuki fasa kebuluran yang memberi keşan secara langsung kepada golongan kanak-kanak.
Sehingga hari ini, Muslim Care Malaysia diketuai Pengarah Muslim Care Palestine saudara Abu Ayesh bertungkus-lumus menyediakan makanan kepada sebahagian dari mangsa peperangan dengan kemampuan yang sangat terhad.
Hakikatnya jumlah makanan yang ada sudah pasti tidak mencukupi untuk menampung keperluan semua mangsa peperangan di sana.
Teruskan menyumbang kepada Ghazza melalui pautan ini
https://muslimcaremalaysiasociety.com/.../dana-kecemasan...
Mudah-mudahan setiap jariah dan sumbangan yang dihulurkan akan menjadi saksi jihad kita bersama-sama saudara kita di Phalesthin.
Dari sungai ke segara,
Palestin pasti MERDEKA!