MANGSA KEPALA AIR GEMBIRA, TERIMA SUMBANGAN MUSLIM CARE MALAYSIA

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
28 August, 2024

“Kepala air laju sangat, kami terkepung. Tak boleh fikir apa dah, kami terus panjat pokok berdoa bantuan akan segera sampai”, kata salah seorang mangsa banjir kepala air di Kg. Charas, Slim River.

Banjir kepala air telah membanjiri beberapa buah kampung di Slim River. Ketika lawatan Muslim Care ke tapak bencana, penduduk sedang membersihkan kediaman mereka yang meninggalkan kesan lumpur sehingga paras lutut akibat banjir tersebut.

Pada hari Selasa, 27 Ogos 2024, Muslim Care Malaysia diketuai Timbalan Presiden Haji Mohd Johari telah menyampaikan sebanyak 30 set sumbangan kepada wakil penduduk untuk diedarkan.

Sumbangan diberikan berupa kit kebersihan, bantal dan toto.

Mudah-mudahan sumbangan yang diberikan akan melegakan badan yang sedang kepenatan setelah diuji banjir.

"Sesiapa yang melapangkan seorang mukmin daripada kesusahan dunia, maka Allah SWT akan melapangkannya daripada kesusahan di hari Kiamat.."

(Hadith Riwayat Muslim)

Terima kasih buat para penyumbang yang sentiasa setia bersama Muslim Care Malaysia. Semoga Allah mengganjari Tuan Puan semua dengan sebaik-baik ganjaran.

Ingat sedekah jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat pada sasaran,

Tepat pada waktunya.


© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia