
MAKANAN SEGERA UNTUK GAZA 2025
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
7 October, 2025
Muslim Care Malaysia (MCM) bersama Ikhlas Care serta rakan NGO lain telah melancarkan projek khas Emergency Aid For Gaza pada 27 Ogos 2025.
Projek ini diinisiatifkan oleh En. Ali Ikhwan (AtSky) dengan hasrat membawa makanan yang berkualiti, tahan lama dan mudah diedarkan kepada penduduk Gaza. Melalui teknologi retort, makanan dapat sampai dengan lebih selamat dan terus sedia dimakan.
Sasaran awal projek ini adalah menghantar 1 kontena penuh Nasi Arab retort yang mengandungi 33,000 pek makanan seberat 500 gram setiap satu.
Jumlah ini mampu memberi manfaat kepada lebih 60,000 saudara kita di Gaza yang kini berdepan kelaparan melampau akibat sekatan berpanjangan.
MCM komited untuk terus menjadi jambatan kasih sayang rakyat Malaysia kepada Palestin.
Setiap sumbangan anda akan diterjemahkan kepada makanan yang mengenyangkan, doa yang menenangkan, dan tanda persaudaraan yang tidak pernah putus.
Semoga Allah menerima amal kebaikan kita, melindungi para sukarelawan dan memberikan kemenangan kepada bumi Palestin yang tercinta.
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.
Tepat Pada Masa.
Tepat Pada Sasaran.