MAJLIS RAMAH MESRA DENGAN PENUNTUT DI MESIR

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
14 July, 2025

Muslim Care Egypt (MCE) dengan kerjasama Majlis Gabungan Badan Kebajikan Anak Negeri (MG BKAN) telah mengadakan Majlis Ramah Mesra dan Penyerahan Zakat kepada lebih 80 penerima yang terpilih daripada beberapa negeri pada 2 Julai 2025.

Majlis ini diadakan khusus bagi menyantuni para penerima zakat serta mengeratkan hubungan antara pihak NGO dan mahasiswa di sini.

Program diawali dengan jamuan makan kemudian slot ucapan daripada pengerusi MCE Saudara Muhammad Irham Suhaimi bin Ismail, Naib Presiden Muslim Care Malaysia, Mohd Khidir Izaidin dan sesi penyerahan zakat kepada penerima terpilih sebagai penutup majlis.

Program ini membawa mesej kemanusiaan rentas sempadan (“Cross Border Humanitarian Aid”) dan menyerlahkan semangat muafakat dalam kalangan pelajar di perantauan (“Muafakat Asas Kejayaan”).

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga usaha murni ini menjadi amal jariah yang berterusan dan diberkati Allah SWT.

 "Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan" 

"Bersama Bersatu Teguhkan Kekuatan"

© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia