MAJLIS MAKAN MALAM AMAL DISIARKAN BERITA TV AHIJRAH (VIDEO)

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
9 October, 2024

Majlis Makan Malam Amal Memperingati 365 Hari Taufan Al-Aqsa yang dianjurkan Muslim Care Malaysia (MCM) pada 6 Oktober 2024 di Dewan Konvensyen MPAJ, Taman Melawati Hulu Klang mendapat liputan Berita TV Alhijrah.

Majlis itu dihadiri kira-kira 500 orang bertujuan mengumpul dana untuk sumbangan bantuan ke Gaza. Presiden MCM, Tuan Haji Zulkifli Wahijan turut melancarakan kempen kutipan derma terbaru dengan sasaran sebanyak RM1 juta yang difokuskan untuk sumbangan susu formula bayi dan air bersih untuk penduduk Gaza.

Majlis makan malam amal itu dirasmikan Penasihat Agama MCM, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Zulkifli Albakri yang turut melancarkan dua buku tulisan beliau iaitu Taufan Al-Aqsa Bantuan Tuhan dan Ismail Haniyeh Tokoh Perjuangan Palestin Sehingga Titisan Darah Terakhir.



© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia