MAJLIS ILMU DI RUMAH MUALAF MCM KEMBOJA

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
10 October, 2025

Rumah muallaf Muslim Care Malaysia (MCM) di Kemboja kini dah mula beroperasi sepenuhnya.

Baru siap dibina, kini ruang ini dah diisi dengan aktiviti pertama iaitu kelas Fardhu Ain untuk para mualaf yang baru mengenal Islam.

Langkah kecil ini jadi permulaan besar buat mereka untuk belajar tentang solat, mengaji dan memahami ajaran Islam dengan lebih mendalam.

Firman Allah SWT:

وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا مُوسَىٰ بِآيَاتِنَا أَنْ أَخْرِجْ قَوْمَكَ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ وَذَكِّرْهُم بِأَيَّامِ اللَّـهِ ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّكُلِّ صَبَّارٍ شَكُورٍ

Maksudnya: “Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nabi Musa (pada masa yang lalu) dengan membawa mukjizat-mukjizat Kami sambil Kami berfirman: "Hendaklah engkau mengeluarkan kaummu dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman; dan ingatkanlah mereka dengan Hari-hari Allah. "Sesungguhnya yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda yang menunjukkan kekuasaan Allah bagi tiap-tiap seorang yang kuat bersabar, lagi kuat bersyukur.”

(Surah Ibrahim : 5)

Terima kasih diucapkan kepada yang telah samanberjariah Dan menjayakan pembinaan Rumah Mualaf ini. Teruslah memberi sokongan kalian agar rumah ini terus subur dengan ilmu, kasih, dan cahaya iman.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat Pada Masa.

Tepat Pada Sasaran.


© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia