MAJLIS IFTAR MCM UNTUK KOMUNITI ISLAM DI BRAZIL (VIDEO)

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
1 April, 2024

Bukan sekadar majlis berbuka puasa tapi juga kesempatan terbaik untuk mengeratkan silaturahim dan mengukuhkan ukhuwah.

Itu kemeriahan yang dirasai di majlis iftar anjuran Muslim Care Malaysia (MCM) di Masjid Khalifah, bandar Florianopolis, Brazil pada 16 Mac 2024.

Lebih 200 umat Islam dari pelbagai negara yang tinggal di sekitar Florianopolis hadir di majlis itu.

Ia program pertama delegasi Misi Dakwah dan Bantuan Ramadan MCM selama 14 hari di Brazil yang disertai Presiden, Tuan Haji Zulkifli Wahijan dan Exco Media, Tuan Asri Tuan Hussein.

Turut serta, Pengarah Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis (IEIJS) Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Aminuraasyid Yatiban dan Pengerusi Muslim Care Brazil (MCB), Hussein Abu Marzouq.

Haji Zulkifli gembira kerana majlis iftar itu mendapat sambutan hangat daripada komuniti Islam di Florianopolis yang berasal dari Palestin Syria, Yaman dan lain-lain.

“Alhamdulillah, saya seronok melihat ikatan silaturahim dalam kalangan mereka. Nyata, mereka datang bukan semata-mata nak makan tapi lebih kepada nak bersilaturahim,” katanya.

Majlis diakhiri dengan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat pada waktunya.

Tepat pada sasaran.




© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia