MAJLIS IFTAR “3 DALAM 1”

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
19 April, 2023
Lebih 100 orang diraikan oleh Muslim Care Malaysia (MCM) dan Persatuan Amal Barakah dalam satu majlis iftar “3 dalam 1” di Bukit, Beruntung, Selangor pada 18 April 2023.
Ia dianggap “3 dalam 1” kerana tiga kategori berbeza diraikan dalam satu majlis ringkas dan sederhana itu iaitu anak-anak yatim, pelajar tahfiz serta keluarga asnaf.
Mereka yang diraikan ialah 49 anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Ar Rahmaniah, 25 pelajar Maahad Tahfiz Vokasional, Ar Rashidi dan 10 keluarga asnaf membabitkan kira-kira 50 orang daripada sekitar Hulu Selangor.
Timbalan Presiden MCM, Haji Mohd Johari Ismail berkata selain menikmati juadah iftar, anak yatim turut diberi sumbangan duit raya RM50 setiap seorang manakala pelajar tahfiz RM20 setiap seorang.
Beliau berkata, setiap keluarga asnaf pula menerima pek makanan keperluan harian, antaranya beras, tepung, gula dan lain-lain.
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan
Tepat Pada Sasaran, Tepat Pada Waktunya
 
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia